Tuesday, July 27, 2010

Tarian Inggeris (hush hush)

Tarian Bollywood

Pertandingan Karaoke HKS

Pameran IPT

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2010


Pada tarikh 27 Jun sehingga 4 Julai 2010 telah diadakan sambutan HKS 2010 SMK Maran 2 yang telah disambut dengan meriahnya. Banyak aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan antaranya ialah gotong royong warga SMK Maran2 bersama ibu bapa dan agensi-agensi kerajaan yang ada di Maran, penanaman pokok-pokok di sekitar SMK Maran 2, permainan futsal dan dalaman, kitar semula, gerai jualan, pameran kerjaya, aktiviti kemasyarakatan dan juga acara kebudayaan.

Sambutan kemuncak HKS ini telah diadakan pada 30 Jun 2010 di mana disebelah siangnya diadakan pesta jualan, pameran dan dirasmikan oleh En Jamal B Abdullah NYDP ANGKASA. Hari kemuncak ini disambut dari pukul 7.40 pagi hingga 11.45 malam dimana bermula pada pukul 8.00 mlm telah diadakan Malam Kebudayaan. Pada Malam kebudayaan pelbagai persembahan telah diadakan oleh pelajar-pelajar SMK Maran 2 yang disertai oleh pelajar-pelajar Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Saturday, January 2, 2010

Pendaftaran Pelajar Sesi 2010

Pendaftaran pelajar untuk sesi 2010 telah diadakan dengan jayanya pada hari Sabtu 2 Januari 2010. Pelajar-pelajar baru tingkatan 1 telah selamat didaftarkan bertempat di kantin SMK Maran 2 dimana 73 orang pelajar telah didaftarkan. Pelajar-pelajar ini merupakan bekas pelajar sekolah-sekolah rendah di sekitar Maran iaitu SK Ulu Luit, SK New Zealand, SJKC Maran, SK Keramat dan SK Maran. Warga SMK Maran 2 mengucapkan selamat datang kepada ahli-ahli baru SMK Maran 2.

Pada masa yang sama juga pelajar-pelajar tigkatan 2,3,4 dan 5 juga telah didaftarkan bertempat dikelas masing-masing. Pendaftaran ini menyaksikan SMK Maran 2 meriah dengan kehadiran guru-guru, pelajar-pelajar, ibu bapa dan keluarga pelajar. Kita mengharapkan sesi 2010 ini akan menyaksikan suasana yang lebih gemilang di SMK Maran 2.

Tahniah Atas Kejayaan PMR 2009

Warga SMK Maran 2 mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pelajar PMR 2009 dan semua tenaga kerja yang terlibat dalam mengahasilkan keputusan PMR yang cemerlang. Dalam PMR 2009, SMK Maran 2 telah berjaya membuat satu lonjakan saujana yang menyaksikan peningkatan peratusan penguasaan subjek sebanyak 19.1% berbanding tahun 2008. Lonjakan ini merupakan lonjakan yang ke 3 tertinggi di Pahang di mana tempat pertama diduduki oleh SMA Al Maarif kuantan dan tempat kedua SMK Seri Pelangai.Lebih manis lagi SMK Maran 2 merupakan sekolah yang menunjukkan peningkatan penguasaan yang paling tinggi di daerah Maran.

Kualiti keputusan PMR yang dicatatkan oleh SMK Maran 2 pada peperiksaan ini juga menunjukkan peningkatan mendadak dimana 3 orang pelajar telah mendapat 8A iaitu Ahmad Sazlee, Nur Elyzatul Akmal dan Najatul Shahirah. Ini merupakan peningkatan yang ketara kerana pada tahun 2008 dan 2007 tiada calon mendapat 8A.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan keputusan yang menarik ini.