Tuesday, November 25, 2014

SPM 2014

Berakhirlah sudah peperiksaan untuk pelajar-pelajar yang mengambil aliran sain tulen dengan berakhirnya subjek Biologi yang diadakan pada hari ini 25 November 2014. Diharapkan semua pelajar Sains Tulen semoga kejayaan menanti anda. Tahniah.

Sunday, July 31, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Administrator ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada semua ummat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Berikut disertakan Jadual Berbuka puasa dan imsak untuk daerah Maran.

Semoga Bulan Ramadhan ini akan lebih menguatkan iman kita dengan memperbanyakkan amalan-amalan baik kita.

Saturday, July 30, 2011

Nota Ringkas Biologi 2011 tingkatan 4 & 5

Administrator telah memuat naik fail-fail dalam bentuk Microsoft Words dan Rar untuk kegunaan sesiapa sahaja yang memerlukan. Adalah diharapkan ianya akan dapat meningkatkan kecemerlangan dalam SPM Biologi nanti.

Ruangan untuk muat turun nota-nota tersebut disediakan pada lajur sebelah kanan blog ini.

Wednesday, June 22, 2011

SKEMA UPT2 SAINS TG 4, BIOLOGI TG 4&5, ADD MATH TG 4

Kepada semua pelajar yang memerlukan skema subjek-subjek yang disebutkan di atas, bolehkah memuat turun skema tersebut di link download di sebelah kanan blog ini. Semoga ianya dapat memebantu anda dalam pembelajaran anda.

Tuesday, June 7, 2011

Kepentingan mengambil berat tentang "priority" dalam pembelajaran

Dewasa ini nampaknya ramai pelajar yang semakin hanyut dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Tujuan utama persekolahan telah dicampur adukkan dengan keseronokan bersosial di mana dalam banyak kes menyebabkan pelajar-pelajar hilang tumpuan kepada pelajaran. Adalah amat penting untuk menyedarkan pelajar tentang kepentingan kehidupan mereka sebagai pelajar dengan mengajak mereka merenung kembali objektif hidup sebagai seorang pelajar.

Salah satu daripada cara untuk membuatkan pelajar tersedar dari lamunan indah sosial mereka ialah mengajak mereka menentukan perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan dan meminta mereka menyusun perkara-perkara tersebut dalam susunan mengikut aturan kepentingannya kepada diri mereka dan masa depan mereka. Arahkan mereka untuk meletakkan perkara yang paling penting sekali di tempat pertama dan yang paling tidak penting di tempat terakhir. Daripada susunan ini, insyaallah para pelajar akan dapat melihat kepentingan belajar berbanding dari perkara-perkara yang lain.

Friday, December 10, 2010

SELAMAT BERCUTI AKHIR TAHUN

Selamat bercuti dan juga tahniah diucapkan kepada semua pelajar terutamanya pelajar-pelajar tingkatan 5 yang telah tamat mengambil peperiksaan SPM 2010. Semoga kejayaan bersama anda. Jangan lupa untuk memohon doa kejayaan daripada Allah Subhanahuawataala.

Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar, sekali lagi, SELAMAT BERCUTI

Sunday, October 17, 2010

Debaran SPM 2010

Alhamdulillah diucapkan dengan berakhirnya PMR 2010. Semoga semua pelajar yang mengambilnya akan beroleh kejayaan yang cemerlang. Apa yag tinggal adalah untuk berdoa semoga Allah akan memberikan kejayaan yang cemerlang.

Kepada pelajar-pelajar yang mengambil SPM pula debarannya semakin kuat kerana tinggal kurang lebih 40 hari lagi untuk pepriksaan SPM bermula. Diharapkan masa yang singkat ini akan digunaan sebaik mungkin untuk memastikan kejayaan dalam sijil yang akan membuka jalan yang lebih luas di masa hadapan. Jangan lupa bertawakkal kepada Allah di mana tawakkal = usaha + doa. Insyaalah kejayaan pasti dalam genggaman.