Pendaftaran pelajar untuk sesi 2010 telah diadakan dengan jayanya pada hari Sabtu 2 Januari 2010. Pelajar-pelajar baru tingkatan 1 telah selamat didaftarkan bertempat di kantin SMK Maran 2 dimana 73 orang pelajar telah didaftarkan. Pelajar-pelajar ini merupakan bekas pelajar sekolah-sekolah rendah di sekitar Maran iaitu SK Ulu Luit, SK New Zealand, SJKC Maran, SK Keramat dan SK Maran. Warga SMK Maran 2 mengucapkan selamat datang kepada ahli-ahli baru SMK Maran 2.
Pada masa yang sama juga pelajar-pelajar tigkatan 2,3,4 dan 5 juga telah didaftarkan bertempat dikelas masing-masing. Pendaftaran ini menyaksikan SMK Maran 2 meriah dengan kehadiran guru-guru, pelajar-pelajar, ibu bapa dan keluarga pelajar. Kita mengharapkan sesi 2010 ini akan menyaksikan suasana yang lebih gemilang di SMK Maran 2.
Blog ini bertujuan untuk berkongsi maklumat penting mengenai pendidikan. Diharapkan ianya akan mencapai objektif dengan menyediakan satu pentas perkongisian yang menguntungkan semua pihak.
Showing posts with label 2009. Show all posts
Showing posts with label 2009. Show all posts
Saturday, January 2, 2010
Saturday, November 21, 2009
Ucapan Perpisahan Kepada Cikgu Norhayati Mohd Shariff
Warga SMK Maran 2 dengan penuh terharu ingin mengucapkan selamat berpisah kepada Ketua Bidang Teknik Vokasional Pn Norhayati Bt Mohd Shariff yang akan bertukar tempat betugas dari SMK Maran 2 ke Temerloh. Kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada beliau yang merupakan seorang guru yang amat berdedikasi sepanjang beliau bertugas di SMK Maran 2. Kam juga mengharapkan supaya beliau akan lebih berjaya di sekolah barunya di daerah Temerloh. Semoga pertukaran ini akanlebih membahagiakan beliau. Tahniah.
Labels:
2009,
norhayati,
smk maran 2,
temerloh,
tukar
Subscribe to:
Posts (Atom)