Saturday, November 21, 2009

Ucapan Perpisahan Kepada Cikgu Norhayati Mohd Shariff

Warga SMK Maran 2 dengan penuh terharu ingin mengucapkan selamat berpisah kepada Ketua Bidang Teknik Vokasional Pn Norhayati Bt Mohd Shariff yang akan bertukar tempat betugas dari SMK Maran 2 ke Temerloh. Kami mengucapkan ribuan terimakasih kepada beliau yang merupakan seorang guru yang amat berdedikasi sepanjang beliau bertugas di SMK Maran 2. Kam juga mengharapkan supaya beliau akan lebih berjaya di sekolah barunya di daerah Temerloh. Semoga pertukaran ini akanlebih membahagiakan beliau. Tahniah.

SELAMAT BERCUTI

Warga SMK Maran 2 mengucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar dan guru sempena cuti Akhir Tahun Persekolahan yang bermula pada 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010. Adalah diharapkan para pelajar akan memanfaatkan cuti ini dengan pengisian-pengisian yang memberi kebaikkan.

Juga diucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar yang mengambil SPM 2009 yang telah bermula pada 18 November 2009 yang lalu. Semoga semua pelajar akan diberkati Allah dan berjaya dalam peperiksaan tersebut.

Friday, November 6, 2009

Kem Kecemerlangan SPM 2009





Bertempat di Kompleks Rakan Muda Maran, seramai 50 orang pelajar tingkatan 5 telah terbabit dalam kem selama 3 hari 2 malam bermula pada 3/11/09 sehinngga 5/11/09. Tahniah kepada semua pelajar yang mengikuti Kem ini yang bermula seawal 7.30 pagi sehingga 11.00 malam. Terimakasih juga diucapkan kepada semua guru-guru yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang terbaik demi meningkatkan pencapaian pelajar dalam SPM.

Monday, November 2, 2009