Wednesday, October 28, 2009

Program Kecemerlangan SPM 2009





Bermula selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, pelajar tingkatan 5 telah dilibatkan dalam program kecemerlangan SPM dimana 68 orang pelajar ini telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu cemerlang, sederhana dan potensi. Kelas yang mengikut jadual anjal telah dirangka untuk mengoptimumkan kadar perjumpaan antara guru setiap subjek dengan pelajar-pelajar. Program ini menggunakan modul,soalan tahun lepas dan soalan percubaan negeri-negeri lain. Program ini merupakan kesinambungan kelas tambahan kecemerlangan yang bermula seawal bulan Mac lagi.

Program ini diharapkan akan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan motivasi pelajar untuk menghadapi SPM yang akan bermula pada 17 November ini. Pada minggu hadapan iaitu pada tarikh 6/10 - 8/10/2009, sekumpulan pelajar cemerlang akan dikumpulkan di Kem Rakan Muda Maran untuk program Kem Kecemerlangan SPM dimana program 2 hari satu malam ini telah dirangka untuk membantu pelajar cemerlang mencapai target SPM yang telah ditetapkan.

Adalah diharapkan agar program ini akan berjaya meningkatkan prestasi keputusan SPM pelajar sesi 2009.

No comments:

Post a Comment