Wednesday, June 22, 2011

SKEMA UPT2 SAINS TG 4, BIOLOGI TG 4&5, ADD MATH TG 4

Kepada semua pelajar yang memerlukan skema subjek-subjek yang disebutkan di atas, bolehkah memuat turun skema tersebut di link download di sebelah kanan blog ini. Semoga ianya dapat memebantu anda dalam pembelajaran anda.

Tuesday, June 7, 2011

Kepentingan mengambil berat tentang "priority" dalam pembelajaran

Dewasa ini nampaknya ramai pelajar yang semakin hanyut dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Tujuan utama persekolahan telah dicampur adukkan dengan keseronokan bersosial di mana dalam banyak kes menyebabkan pelajar-pelajar hilang tumpuan kepada pelajaran. Adalah amat penting untuk menyedarkan pelajar tentang kepentingan kehidupan mereka sebagai pelajar dengan mengajak mereka merenung kembali objektif hidup sebagai seorang pelajar.

Salah satu daripada cara untuk membuatkan pelajar tersedar dari lamunan indah sosial mereka ialah mengajak mereka menentukan perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan dan meminta mereka menyusun perkara-perkara tersebut dalam susunan mengikut aturan kepentingannya kepada diri mereka dan masa depan mereka. Arahkan mereka untuk meletakkan perkara yang paling penting sekali di tempat pertama dan yang paling tidak penting di tempat terakhir. Daripada susunan ini, insyaallah para pelajar akan dapat melihat kepentingan belajar berbanding dari perkara-perkara yang lain.

Friday, December 10, 2010

SELAMAT BERCUTI AKHIR TAHUN

Selamat bercuti dan juga tahniah diucapkan kepada semua pelajar terutamanya pelajar-pelajar tingkatan 5 yang telah tamat mengambil peperiksaan SPM 2010. Semoga kejayaan bersama anda. Jangan lupa untuk memohon doa kejayaan daripada Allah Subhanahuawataala.

Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar, sekali lagi, SELAMAT BERCUTI

Sunday, October 17, 2010

Debaran SPM 2010

Alhamdulillah diucapkan dengan berakhirnya PMR 2010. Semoga semua pelajar yang mengambilnya akan beroleh kejayaan yang cemerlang. Apa yag tinggal adalah untuk berdoa semoga Allah akan memberikan kejayaan yang cemerlang.

Kepada pelajar-pelajar yang mengambil SPM pula debarannya semakin kuat kerana tinggal kurang lebih 40 hari lagi untuk pepriksaan SPM bermula. Diharapkan masa yang singkat ini akan digunaan sebaik mungkin untuk memastikan kejayaan dalam sijil yang akan membuka jalan yang lebih luas di masa hadapan. Jangan lupa bertawakkal kepada Allah di mana tawakkal = usaha + doa. Insyaalah kejayaan pasti dalam genggaman.

Sunday, October 3, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR

Warga SMK Maran 2 ingin mengucapkan selamat menghadapi PMR kepada semua calon PMR di SMK Maran 2 khasnya dan semua calon PMR seluruh Malaysia yang akan menghadapinya bermula pada hari Isnin 4 Oktober 2010. Diharapkan semua calon dapat menjawab dengan baik semua subjek yang akan dinilai.

Semoga Allah memberikan pertolongan kepada semua pelajar. InsyaAllah.

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM

Warga SMK Maran 2 ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan percubaan SPM 2010 yang akan dijalankan selepas cuti hari raya Aidilfitri nanti. Diharapkan semua pelajar tingkatan 5 2010 akan mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan ini walaupun meriah menyambut hari raya aidilfitri. Jangan dilupakan pelajaran kerana ghairah menyambut hari raya. Kepada pelajar tingkatan 3 pula diucapkan tahniah kerana telah berjaya melalui peperiksaan percubaan PMR yang diadakan dalam bulan ramadhan ini. Muhasabah diri harus dibuat apabila keputusan diumumkan nanti.

Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Aidiltri. Semoga kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini akan memberikan motivasi kepada semua pelajar.

Sunday, August 29, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 53, selamat menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri


Diucapkan kepada semua rakyat Malaysia selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke 53. Semoga Malaysia terus berada dalam jagaan Allah dan dilimpahkan rahmat dan kasih sayangnya. Merdeka! Merdeka! Merdeka!