Thursday, October 29, 2009

Kem Membaca 1 Malaysia






Pada hari Jummaat 30 Julai 2009, SMK Maran 2 telah melancarkan Kem Membaca 1 Malaysia peringkat sekolah di dewan Bicara Ilmu. Aktiviti yang menggalakkan budaya dan tabiat membaca telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan. Aktiviti kem ini telah dimulakan pada 26 Julai 2009 dimana pelajar diarahkan membaca selama sepuluh minit semasa perhimpunan dan diteruskan sepanjang minggu. Selepas tempoh baccaan tamat, kuiz diadakan sebagai usaha menggalakkan pelajar menghayati apa yang dibaca. Hadiah-hadiah telah disediakan untuk pelajar yang dapat menjawab soalan kuiz dengan betul.

Wednesday, October 28, 2009

Program Kecemerlangan SPM 2009





Bermula selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, pelajar tingkatan 5 telah dilibatkan dalam program kecemerlangan SPM dimana 68 orang pelajar ini telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu cemerlang, sederhana dan potensi. Kelas yang mengikut jadual anjal telah dirangka untuk mengoptimumkan kadar perjumpaan antara guru setiap subjek dengan pelajar-pelajar. Program ini menggunakan modul,soalan tahun lepas dan soalan percubaan negeri-negeri lain. Program ini merupakan kesinambungan kelas tambahan kecemerlangan yang bermula seawal bulan Mac lagi.

Program ini diharapkan akan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan motivasi pelajar untuk menghadapi SPM yang akan bermula pada 17 November ini. Pada minggu hadapan iaitu pada tarikh 6/10 - 8/10/2009, sekumpulan pelajar cemerlang akan dikumpulkan di Kem Rakan Muda Maran untuk program Kem Kecemerlangan SPM dimana program 2 hari satu malam ini telah dirangka untuk membantu pelajar cemerlang mencapai target SPM yang telah ditetapkan.

Adalah diharapkan agar program ini akan berjaya meningkatkan prestasi keputusan SPM pelajar sesi 2009.

Monday, October 26, 2009

Gambar Sambutan Hari Keluarga 2009



Seronok cuti-cuti di kuantan

Sambutan Hari Keluarga SMK Maran 2 2009






Bertempat di Balok Seaview resort, sambutan hari keluarga selama dua hari satu malam bermula dari 24 Oktober sehingga 25 Oktober 2009 telah dijalankan. Terimakasih kepada semua AJK KGKT yang telah menganjurkan dengan baik terutamanya pengerusi KGKT en Tuan Mohd Faqrurrazi. Hari keluarga ini amat meriah terutanmanya dengan acara mandi kolam.

Gambar Sambutan Hari Raya SMK Maran 2 2009





Disambut pada 15 September 2009 di Dewan Bicara Ilmu SMK Maran 2